Helianthus tuberosus
Helianthus tuberosus

Helianthus tuberosus

Helianthus tuberosus atau topinambur[2] adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara.[3][4] Ia ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur.[5]Tumbuhan ini diberi nama umum dalam bahasa Inggeris Jerusalem artichoke ("articok/kharsyuf Yerusalem") sedangkan ia sendiri tidaklah berupa sayur bunga itu mahupun berasal dari Yerusalem:[6][7] ia datang daripada pengamatan penjelajah Perancis Samuel de Champlain yang mendapatkan sampel pertama tanaman ini dari Amerika Utara mencatatkan rasa umbinya menyerupai sayur articok.[8][9] Nama "Yerusalem" pula datang daripada orang-orang imigran Itali di Amerika Syarikat yang memanggil tanaman ini girasole "bunga matahari" kerana rupa bunganya lama-kelamaan terubah menjadi kata Jerusalem.[10][11][12]